Saturday, October 24, 2009

Pernyataan Media: Projek Filem “Ceritaku, Seorang Perempuan.”

Projek Filem “Ceritaku, Seorang Perempuan.” baru-baru ini telah dilancarkan oleh sekumpulan penulis feminis, pendidik, dan pembikin filem yang tertarik untuk memberi ruang kepada perempuan Malaysia untuk berkumpul dan belajar bagaimana untuk berkongsi cerita mereka dengan orang lain menggunakan media penyiaran. Kumpulan ini berusaha untuk mengumpul cerita-cerita tentang cinta, seks, dan keinginan perempuan Malaysia, dengan memberi penekanan pada kepelbagaian dan pengalaman peribadi cinta mereka dalam konteks Malaysia yang lebih jelas.

Kumpulan ini yang memulakan projek ini berdasarkan beberapa pemerhatian: pertama, kecenderungan global terkini di mana mengumpulkan sejarah lisan tentang pelbagai subjek; kedua, penjajaran antara statistik dan laporan berita di Malaysia tentang kehidupan seks dan kecenderungan seksual dan rasa kurangnya naratif peribadi pada subjek dalam penguasaan awam dan ketiga, kurangnya perempuan menceritakan kisah mereka sendiri. Menurut jurucakap kumpulan dan pembikin filem Mien Lor, "Apabila anda memerhatikan media, anda melihat sangat sering lelaki membicarakan dan memberi nasihat tentang masalah seksualiti perempuan. Mengapa tidak suara kami-sebagai perempuan Malaysia-diperdengarkan? Menceritakan sebuah cerita adalah cara yang bagus untuk mengambil kembali suara-suara tersebut, ruangan-ruangan ini. Di samping itu, ini merupakan subjek yang menarik, bukan? "

Dua puluh daripada keseluruhan filem yang diterima akan dipilih untuk dijadikan filem-filem pendek yang kemudian akan ditayangkan di festival filem mini di seluruh negeri.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Projek Filem “Ceritaku, Seorang Perempuan.” di http://herstoryfilmsproject.blogspot.com/. Perempuan Malaysia yang ingin mengajukan soalan lanjut atau kirimkan kisah-kisah mereka boleh melakukannya dengan menghantar email ke herstory@kryss.org atau telefon 012-6969455. Tarikh tutup penghantaran cerita adalah 31 Januari 2010.

No comments:

Post a Comment